• 99850748
  • 99850749
  • 99850750
  • 99850751
  • 99850752
  • 99850753
  • 99850754
  • 99850756
  • 99850757
  • 99850758
  • 99850759
  • 99850760
1

Tembok Tidak Tinggi

Regular price
RM 28.00
Sale price
RM 28.00
Regular price
RM 0.00
Free worldwide shipping | Fashion Company
Free worldwide shipping
Secure payments | Fashion Company
Secure payments
7 Days Free Return | Fashion Company
7 Days Free Return

Tembok Tidak Tinggi

Author: A. Samad Ismail
Publisher: Buku Fixi (Fixi Retro)
ISBN: 9786297693118
Weight: 234 g
Pages: 264 pp
Year: 2024
Price: RM28

Tembok Tidak Tinggi (1967) boleh dianggap sebagai sekuel kepada Patah Sayap Terbang Jua (1966). Tentera British telah kembali ke Singapura setelah tamatnya Perang Dunia Kedua – dan Wahab kini berada dalam penjara. Tuduhannya? Ada kaitan dengan kerjanya pada zaman Jepun.

Novel ini unik kerana bertempat sepenuhnya dalam satu penjara. Rutin harian di Penjara Outram, Singapura diceritakan dengan teliti oleh A. Samad Ismail yang bukan sahaja seorang wartawan tersohor tapi pernah menjadi tahanan di penjara sama. Hal seperti makanan berlendir, angkat najis, mandi bogel, pergaduhan fizikal malahan gangguan mental dan seksual menjadikan karya ini realistik tanpa unsur sentimental.

Dalam bangunan yang kekadang riuh kerana menempatkan pelbagai jenis banduan dengan latar berbeza, Wahab menghitung hari sebelum dapat melihat dunia di sebalik tembok.