• 100270314
  • 100270316
  • 100264751
  • 100264752
1

?Tafsir Al-Aziz Surah Al-Fatihah

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 0.00
Free worldwide shipping | Fashion Company
Free worldwide shipping
Secure payments | Fashion Company
Secure payments
7 Days Free Return | Fashion Company
7 Days Free Return

Tafsir Al-Aziz Surah Al-Fatihah

Author: Tim Projek Tafsir Tuan Guru Nik Aziz
Publisher: Alim Rabbani Media
ISBN: 9786297551074
Year: 2025
Pages: 108
Weight: 167g
Price: RM25

Surah yang kita baca hari ini dipanggil Surah al-Fatihah. Selain al-Fatihah, banyak lagi nama lain. Ada nama al-Syafi, al-Kafi dan bermacam-macam nama lagi mengikut nama julukan. Oleh kerana terlalu sayangnya Allah Subhanahu wa Ta’ala kepada kandungan dan maksud Surah al-Fatihah, maka diberikan bermacam-macam nama mengikut aspek-aspek tertentu.

Yang kedua, disebut juga dengan nama Ummu al-Kitab maknanya ‘emak bagi segala kitab’. Kita tidak sebut Abu al-Kitab ‘bapa kepada kitab’ tetapi kita sebut ‘emak’ kerana kalau dibandingkan antara bapa dengan emak, maka manusia sayang kepada emak melebihi sayang kepada bapa.

Kaedahnya memang sudah begitu sejak zaman-berzaman lagi. Bermula dari beribu tahun dahulu; bapa bangun pagi, terus pergi kerja. Sejak pagi sampai ke petang; apabila balik ke rumah, barulah bapa berjumpa dengan anak. Emak pula, kerjanya menjaga anak. Bangun pagi celik mata, terus masuk ke dapur tanak nasi untuk diberi makan kepada anak dan suami.Sepanjang hari anak duduk dengan emak.